Satu Malaysia Untuk Negara Tercinta

Satu Malaysia Untuk Negara Tercinta
Demi Cinta Dan Harapan Menggapai Kecemerlangan, Kegemilangan Dan Keterbilangan Abad Yang Ditinggalkan

15 November 2008

MENGATA DULANG PAKU SERPIH

assalamualaikum para peminat blog,,,
Mengapakah saya mulakan dengan tajuk mengata dulang paku serpih untuk permulaan tulisan saya dalam blog ini bagi tatapan sahabat handai para blogger dan para peminat blog seumpama ini, Kerana saya amat tertarik dan menjadi minat apabila saya mula membuka dan meneliti isi kata mungkin isi hati yang dicurahkan kawan-kawan saya dalam blog masing-masing, dengan pandangan-pandangan yang bernas dan baguuuus bagi segenap bidang masing-masing, kalau guru dengan pendidikannya, kalau doktor dengan kesihatannya, kalau hakim dan peguam dengan hukumannya dan kalau ahli politik dengan betul tak betul dengan apa yang orang lain buat dan ada juga yang tau segala-galanya.



Alhamdullillah walau apa pun cerita, semuanya adalah pembuka minda bagi kita yang sanggup berfikir dan boleh berfikir.



Kembali kepada tajuk saya tadi, mengata dulang paku serpih, saya paling tertarik untuk memperkatakan dan membicarakan tentang pandangan-pandang orang politik kerana saya mungkin boleh dikategorikan dalam golongan orang politik, tetapi tak lah tinggi sangat ilmu politiknya kerana saya bukan guru atau profesor, cuma sekadar minat dan rasa bertanggung jawab melaksanakan tanggungjawab kepada Agama, Bangsa dan Negara tercinta, kerana politik yang saya tau adalah satu landasan untuk meneruskan perjuangan dalam segala hal berkaitan kemajuan dan kemakmuran bagi kehidupan semua manusia di muka bumi ini.


Hari ini rata-rata rakyak di negara kita amat pandai memperkatakan dan membincangkan tentang politik, hari-hari cakap-cakap politik, di rumah, di kedai kopi, di pejabat, di kantin, di padang golf, di pantai, di wakaf-wakaf dan di mana-mana, kadang-kadang tak kira bila waktunya, masa cuti, masa kerja, masa makan, masa bersukan,,, aaah tak kiralah, asal je ada kawan atau lawan untuk berhujah atau bercerita, tak kira lah curi tulang puuun, ini semua kerana kebanyakan kita warga malaysia ini dari usia 18 tahun hingga ke usia yang paling maksima selagi mampu, dah tau apa itu politik dan memang pandai pun tak macam waganegara indonisia atau pun warganegara thailand. Tak kira lah warganegara kita yang maju sikit ni masing-masing dari kalangan ahli atau pemimpin parti-parti politik yang ada dalam negara kita, samaada ianya ahli daripada UMNO, PAS, PKR, BERJASA, DAP, MCA, MIC, SUPP dan banyak lagi sehingga ada juga yang mengaku ahli BEBAS.


Dah sebut-sebut pasal politik ni, maka hari ini saya cuma nak sentuh satu je topik yang paling hangat diperkatakan, iaitu POLITIK WANG yang rata-rata jadi perbualan bukan sahaja dari kalangan orang politik waema bukan orang politik pun, dari tukang kebun hingga lah keperinggkat menteri, politik wang ini dikatakan telah digunakan oleh orang-orang umno bagi mendapatkan jawatan yang diimpikan masing-masing, yang herannya orang-orang atau penyokong-penyokong parti lain pula yang lebih sudu dari kuah susah hati melihat dan mendengar orang-orang umno berebut-rebut nak dapatkan jawatan dalam umno, ibaratnya lebih menjaga bucu kain orang pulaaak, yang banyak suka menjaga tepi kain orang ini pun bukannya bangsa lain tapi bangsa melayu juga, nampak nya mereka tak sedar dan terlupa nak menyuluh kedalam diri dan kain sendiri, kebanyakannya yang bercakap dan buat kenyataan siang malam ibarat kata dulang paku serpih. Yang beri kata kerana perwakilan mintak, yang mintak kata kerana yang nak jawatan berikan, ada juga yang nak jawatan tak hulur tapi ada yang tolong hulurkan bagi pihaknya, maka mati-matian lah tak mengaku dan juga ada yang diam diri waktu boos kesayangan nya bertanding main wang, tapi bila kalah mula lah nak menuduk lawan tu main wang.



Tuan-tuan yang suka bercakap pasal politik wang ni, cubalah muhasabah diri banyak-banyak terutamanya kita dari kalangan orang-orang politik waema kita umno, pas, atau pkr, muhasabah lah sikit adakah kita tak pernah ambik dan tak pernah beri wang, dalam berpolitik ? sedap nya kalau menuduh orang lain ye, bangsa lain main wang lagi banyak tapi mereka tak heboh-heboh pun, yang nyata dan yang perlu kita berfikir macam mana lah nak hapuskan ciri-ciri beri dan ambik wang bila nak dapatkan sesuatu, jangan lah tengok kepada pertandingan merebut jawatan dalam parti sahaja, cuba kita sama-sama renungkan semasa pertandingan nak mendapatkan kemenangan nak membentuk kerajaan dalam PILIHANRAYA juga, SPR tetapkan calon boleh guna wang untuk kempen 200 ribu contoh nyalah, ada pulak calon yang sanggup habiskan sampai 2 juta untuk beli hati pengundi sebab nak menang, tanyalah pas, tanya lah pkr, tanya lah dap, tanya lah wakil-wakil dari parti-parti yang bertanding samaada yang kalah atau yang dah jadi YB, semuanya bercakap nak hapuskan politik wang,,, mampu keee,,,,



Tanyalah diri sendiri adakah kita ni, terdiri dari orang yang mengata dulang paku serpih kalau ternyata kita bukan orang macam tu, mari lah sama-sama fikirkan apa yang ingin saya sampaikan ini.



Insyaalah lain hari saya sambung lagi mengenai politik wang dari pandangan mata hati saya.


YB Rosol kata dalam blognya,,,,,
" Orang yang bijak, berfikir sebelum berkata manakala orang yang kurang bijak mereka berfikir selepas berkata... Fikir-fikirkanlah,,,,



tapi saya pula berkata,,,,,,,,
" Jangan mengata dulang paku serpih "